Sewaktu Perang Salib,
pasukan Eropa dikejutkan oleh pedang yang dimiliki oleh pasukan Arab dan
Persia. Dimana Ketajamannya mampu menembus baju zirah crusader,
memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami
kerusakan pada matanya.
Pedang yang diakui paling tajam di dunia
oleh pakar metalurgi. Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal
dengan sebutan Pedang Persia atau Sword of Damascus ini telah mengatasi
kehebatan pedang Katana dari Jepan. Wow.. Subhanallah..!!!
Pedang ini diperbuat daripada besi
“damascus”. Teknik pembuatan pedang ini begitu rahasia sehingga hanya
beberapa keluarga pandai besi di Damascus saja yang menguasainya, ini
juga sebabnya teknik pembuatan besi Damascus akhirnya pupus.
Pedang ini mampu membelah sutera yang
dijatuhkan ke atasnya, juga mampu membelah pedang lain atau batu tanpa
mengalami kerosakan sama sekali. Sebuah penelitian mikroskopik menemukan
bahawa pedang ini ternyata memiliki semacam lapisan kaca
dipermukaannya. Boleh dikatakan ahli ilmuwan islam di timur tengah telah
mencapai teknologi nano sejak seribu tahun yang lalu.
Setelah sekian lama pedang ini menjadi
rahsia akan kehebatannya, akhirnya pengkaji barat telah berjaya
membongkar rahsia pedang ini.
Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi
telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut
menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata-senjata yang
digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang
Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam
tetapi mudah lentur.
Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman mengakui kehebatan pedang ini
Hasil kajian yang dilakukan pasukan Eropah, menyatakan pedang tersebut disaluti oleh CNT (Carbon
Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan
pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat dan kajian
metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk
menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban
Islam pada kurun ke-12 ini.
Rod “Damascus” bersaiz Nano didalam pedang Salahuddin Al-Ayyubi
Rupa-rupanya didalam pedang ini terdapat sebatang tiub rod
“Damascus” yang bersaiz nano yang mudah lentur,tidak mudah patah dan
sentiasa tajam sehinggakan mampu membelah apa saja.
Beberapa ahli metalurgi modern mengaku berhasil membuat besi yang
sangat mirip dengan besi Damascus , namun tetap belum berjaya meniru
100%.
Apa itu CNT?
CNT
merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama
lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter
sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga
berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah
sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.Pencirian yang
dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai
kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat
kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon
nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta
mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.
Close-up of an 18th-century Iranian crucible-forged Damascus steel sword via Wikipedia
Teknologi NANO
Teknologi
NANO ini menggunakan besi baja “damascus” yang juga dipanggil wootz.
Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi
dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah
bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.
Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya
beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya.
Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus.
Apa yang tertinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia.
SUMBER : dari pelbagai sumber yang diolah kembali.
0 komentar:
Posting Komentar